Perkhidmatan Rebat Forex buat rakaniaga

Perkhidmatan Rebat Forex adalah mekanisme pengurusan pelanggan yang popular berdasarkan pengembalian sebahagian daripada komisen spread. Rakaniaga yang menggunakan perkhidmatan Rebat Forex mendapat kelebihan tambahan: pulangan tunai untuk setiap dagangan yang telah lengkap, tanpa mengira keputusannya samaada untung atau rugi.

Rakaniaga dapat membuat para pelanggannya menjadi lebih setia, mereka juga berkemungkinan besar akan meningkatkan jumlah dagangan mereka, jadi rakaniaga akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi.

Apa itu Rebat
Forex?

Rebat affiliate adalah pengembalian sebahagian daripada spread kepada pelanggan dalam bentuk peratus daripada komisen. Rakaniaga Tifia berstatus Master IB atau dengan status yang lebih tinggi boleh menetapkan rebat untuk rujukan mereka, dengan memilih peratus daripada bahagian komisen affiliate pelanggan rujukannya untuk diberikan kepada kepada pelanggan yang dirujuk. Walaupun pendapatan rakaniaga dari setiap dagangan yang dibuat oleh pelanggan rujukan mereka berkurang, namun rakaniaga boleh menggunakan rebat untuk meningkatkan jumlah pelanggan rujukannya dan juga jumlah dagangan oleh pelanggan rujukannya.

Kenapa rakaniaga perlukan perkhidmatan Rebat Forex?

Berikan pelanggan Tifia dibawah seliaan anda ganjaran! Perkhidmatan rebat affiliate membantu menarik pelanggan dan mengembangkan rangkaian pelanggan anda dengan lebih cepat. Perkhidmatan ini juga meningkatkan kesetiaan mereka dan memberi memotivasi kepada mereka untuk berdagang secara aktif. Rakaniaga dijamin akan menerima jumlah dagangan yang lebih tinggi dari kumpulan pelanggan rujukan mereka, ini bermaksud lebih banyak keuntungan diperoleh. Rebat akan dikreditkan kepada pelanggan daripada setiap dagangan samaada dari dagangan yang menguntungkan juga yang tidak menguntungkan.

Bagaimana perkhidmatan Rebat untuk rakaniaga Tifia berfungsi?

  • Rakaniaga boleh menetapkan peratus ganjaran untuk seluruh kumpulan pelanggan rujukan mereka atau membuat penetapan untuk setiap pelanggan secara individu

  • Rakaniaga boleh menggunakan Rebat sebagai alat untuk menarik lebih banyak pelanggan

  • Para rujukan affiliate dijangka akan berdagang dengan lebih aktif dan meningkatkan jumlah dagangan mereka untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi bagi setiap dagangan

  • Rakaniaga dijangka menerima komisen yang lebih tinggi kerana peningkatan jumlah rangkaian pelanggan dan juga jumlah dagangan oleh pelanggan rujukannya

Bagaimana cara menetapkan perkhidmatan rebat untuk pelanggan rujukan anda?

Pertama sekali, anda perlu menjadi rakaniaga Tifia yang aktif dan memperoleh status Master IB. Selepas itu, lakukan penetapan di Profil Rakaniaga anda, tetapkan peratus komisen rakaniaga yang ingin anda kembalikan kepada pelanggan rujukan anda. Itu sahaja! Rebat akan berjalan secara automatik untuk semua pelanggan rujukan anda! Selain itu, rakaniaga juga boleh menetapkan jumlah rebat yang berbeza bergantung pada jenis akaun pelanggannya. Apa yang paling penting, Tifia membenarkan rakaniaganya untuk membuat tawaran secara individu bagi kumpulan rujukan yang besar serta menyesuaikan peratus rebat! Rakaniaga boleh menetapkan jumlah rebat untuk setiap pelanggan rujukannya secara individu.

Petunjuk terperinci bagi rakaniaga Tifia berkenaan cara menetapkan perkhidmatan rebat

Rebat Forex adalah sebahagian daripada komisen affiliate yang diberikan oleh broker dari dagangan yang dibuat oleh pelanggan rujukan. Rakaniaga boleh mempromosikannya sebagai sebahagian dari rebat spread untuk memberi motivasi kepada pelanggan rujukannya supaya lebih aktif berdagang dan meningkatkan jumlah dagangan masing-masing.

Sistem rebat hanya tersedia untuk rakaniaga dengan status "Master IB" dan keatas.

  • 1. Log masuk ke profil pelanggan Tifia. Di sebelah kiri, cari "Affiliate", klik dan kemudian pergi ke "Rebat". Sekarang anda boleh melihat sistem rebat.

  • 2. Secara lalai, sistem tidak aktif. Untuk mengaktifkan keseluruhanya akaun, klik pada butang "Aktifkan sistem Rebat", tetapkan jumlah peratusan rebat untuk semua akaun, kemudian klik Simpan.

  • 3. Sistem secara automatik menetapkan jumlah peratusan untuk semua akaun. Anda boleh mengubahnya dengan memasukkan nilai yang anda inginkan di tetingkap yang di-highlighted dan klik "Simpan". Perlu diketahui bahawa anda juga boleh menyahaktifkan jenis akaun tertentu untuk semua pelanggan rujukan anda dengan klik butang yang berada bertentangan dengan jenis akaun anda.

  • 4. Sekiranya anda ingin mengaktifkan atau menyahaktifkan rujukan tertentu, klik butang yang di-highlighted kuning. Nilai rebat sebelumnya akan disimpan di tetingkap, jadi pada kali yang berikutnya jika anda ingin mengaktifkan pengguna berkenaan, anda boleh melihat sejarah rebat pelanggan rujukan anda.

  • 5. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan rebat untuk semua rujukan, pergi ke bahagian "Semua pengguna" dan pilih tetapan dalam senarai drop-down. Sistem akan mengaktifkan dan menyimpan tetapan tersebut.

  • 6. Sekiranya anda ingin mencari rujukan tertentu, anda boleh menggunakan menu carian. Masukkan nombor akaun, nombor UID atau e-mel, kemudian klik butang "Cari".

  • 7. Anda boleh menetapkan % rebat peribadi untuk setiap rujukan. Untuk pilih rujukan tertentu, cari di bahagian semua rujukan. Kemudian ubah kadar rebat untuk rujukan tertentu dan klik butang "Simpan".

Bagaimana cara Mengira Rebat Forex

Anda boleh kira jumlah rebat dengan menggunakan formula berikut:

REBATE_USD = COMMISSION_PER_DAY * (REBATE_% / 100)

REBATE_USD
rebat dalam USD diterima oleh rujukan

COMMISSION_PER_DAY
komisen rakaniaga untuk hari sebelumnya yang telah diterima daripada rujukan tersebut

REBATE_%
peratus rebat

Sebagai contoh:
COMMISSION_PER_DAY adalah 20$ dan peratus rebat ditetapkan 40%, maka REBATE_USD akan menjadi 8$.

Jumlah ini akan menjadi % yang dibayar kepada rujukan [$20 * (40% / 100) = $8].
Secara asasnya, pelanggan rujukan tersebut akan mendapat pulangan tunai daripada dagangannya sendiri.
Harap maklum bahawa rebat akan dikreditkan ke akaun Rebat khas bukan dagangan milik pelanggan rujukan anda.
Akaun berkenaan akan dibuat secara automatik untuk semua pelanggan Rujukan anda untuk menerima pulangan tunai.

Bagaimana untuk mengira dana yang tersedia untuk pengeluaran:
Komisen affiliate yang diterima hari ini tersedia untuk pengeluaran pada hari berikutnya bagi rakaniaga dengan tetapan rebat aktif.
Anda boleh mengira jumlah dana yang ada untuk pengeluaran menggunakan formula berikut:

AVAILABLE = BALANCE - COMMISSION_INTRADAY - REBATE_NEEDED_TO_BE_PAID

BALANCE
Dana tersedia untuk pengeluaran dari akaun rakaniaga

COMMISSION_INTRADAY
komisen rakaniaga untuk hari ini diterima dari rujukan tertentu

REBATE_NEEDED_TO_BE_PAID
jumlah rebat yang akan dipindahkan kepada rujukan

Sebagai contoh:
Jumlah BALANCE adalah 80$, jumlah COMMISSION_INTRADAY adalah 20$, dan REBATE_NEEDED_TO_BE_PAID adalah 8$, maka Dana yang tersedia untuk pengeluaran adalah 52$.