6 Nov 2019, 6:00:00 PTG

Kemas kini sistem SocialTrading

Pedagang dan pelabur yang dihormati,

Berikutan banyak permintaan, kami telah melakukan beberapa kemas kini untuk meningkatkan sistem Social Trading kami.

 

1. Salin perdagangan hanya boleh dilakukan antara akaun yang sama jenis sahaja

Salinan dagangan kini akan tersedia hanya untuk jenis akaun yang sama (digunapakai untuk akaun yang baru dibuka). Ini akan menyingkirkan kemungkinan 'slippage' apabila menyalin dagangan.

Kami tidak akan menguatkuasakan peraturan baru ini kepada akaun sedia ada yang sedang terlibat dalam salinan dagangan. Untuk menyingkirkan 'slippage', pelabur boleh membuat keputusan mereka sendiri dengan beralih ke jenis akaun lain untuk disesuaikan dengan jenis akaun pedagang yang mereka pilih.

Untuk teruskan menyalin Pedagang yang dipilih:

  • berhenti menyalin pada akaun semasa anda;
  • buka akaun 'investor' baru yang sama jenis dengan pedagang anda;
  • deposit dana ke akaun baru anda atau pindahkan dana ke dalamnya melalui pemindahan dalaman;
  • cari pedagang anda didalam ranking dan mula menyalin pada akaun baru anda.

Untuk mula menyalin Pedagang baru:

  • berhenti menyalin pada akaun semasa yang sedia ada;
  • pilih pedagang dari ranking yang sama jenis akaun dengan anda;
  • mula menyalin

 

2. Akaun REWARD telah ditambah

Sila ambil perhatian bahawa rollovers kini dilaksanakan dalam akaun REWARD dan bukan dalam akaun pedagang. Inovasi ini diperlukan untuk mengoptimumkan prosedur penyelesaian bayaran bagi pedagang dan pelabur.

 

3. Kemaskini dalam prosedur bagi akaun pedagang yang dihentikan dan rollover

Mulai sekarang, akaun pedagang cuma boleh dihentikan hanya selepas dagangan yang disalin ke akaun pelabur telah ditutup. Peraturan yang sama berlaku untuk rollovers. Ia akan membolehkan anda menerima komisen sebagai peratusan keuntungan yang dibuat oleh pelabur anda dengan cara yang lebih efektif.

 

4. Baki minimum akaun pedagang kini adalah $100

Pedagang mesti memastikan baki akaun minimum yang dibolehkan untuk pedagang menyediakan dagangan untuk disalin. Inovasi ini bagi meningkatkan keyakinan para pelabur dan meningkatkan tanggungjawab pedagang terhadap strategi perdagangan dan risiko perdagangan mereka.
 


Kami sentiasa berhasrat untuk memperbaiki sistem kami dan memenuhi permintaan pelanggan kami bagi memastikan pengalaman mereka di Tifia lebih baik dan menguntungkan.

Sekian,Jabatan Teknikal Tifia


    

Mulakan dagangan dengan Broker yang boleh dipercayai

Pendaftaran